Ultracarbon adalah ubat yang digunakan untuk cirit-birit, sakit perut, perut kembung, keracunan makanan, keracunan ubatan, terlebih dos ubatan, dan keracunan toksin. Ia mengandungi “medicinal charcoal” iaitu batu arang yang berfungsi untuk menghalang penyerapan toksin ke dalam saluran darah melalui dinding usus. Bacakan untuk fahami secara lanjut tentang dos, amaran dan kesan sampingan untuk ubat Ultracarbon.