Noflux adalah ubat tahan sakit dan pengendur otot yang digunakan untuk senggugut, sakit perut, kejang perut, demam, sakit otot & sakit sendi. Ia mengandungi Paracetamol & Dicyclomine yang digunakan untuk mengendurkan otot perut semasa kitaran haid. Kesan ubat Noflux bergantung kepada sebab penggunaannya dan dos ubat yang diambil. Jika simptom tidak berkurangan, sila bercakap dengan doktor bagi mencari jalan penyelesaian yang lain. Bacakan artikel ini mengenai Noflux untuk fahami dengan lebih lanjut.