1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Apakah tanda-tanda saya mendapat gangguan penyakit bipolar (Bipolar Disorder)?

Penyakit bipolar (Bipolar Disorder) adalah sesuatu penyakit mental yang melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau. Ciri yang ada merangkumi mood yang meningkat secara melampau yang dipanggil mania dan termasuklah beberapa episod kemurungan. Gangguan bipolar juga dikenali sebagai penyakit bipolar atau kemurungan manik. Orang yang mempunyai gangguan bipolar mungkin menghadapi masalah menguruskan tugasan harian di sekolah atau tempat kerja, atau dalam mengekalkan hubungan. Penyakit ini tidak dapat diubati, tetapi terdapat banyak pilihan rawatan yang boleh membantu mengatasi gejala contohnya ubatan, terapi dan pertolongan sosial. Bacakan artikel ini tentang penyakit bipolar (bipolar disorder) untuk maklumat lanjut.