1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Apakah itu penyakit Rabies atau penyakit anjing gila dan bagaiman merawatnya?

Penyakit Rabies adalah sejenis virus yang biasanya disebarkan oleh gigitan atau cakaran haiwan. Rabies adalah jangkitan virus yang kebiasaannya tersebar melalui gigitan daripada haiwan yang telah dijangkiti. Ia adalah virus RNA dari keluarga rhabdovirus. Lebih 95 peratus daripada jangkitan adalah disebabkan oleh gigitan anjing. Tanpa rawatan awal, ia akan membawa maut. Apabila gejala telah mula muncul, biasanya sudah terlambat untuk menyelamatkan pesakit tersebut. Walau bagaimanapun, seseorang yang mungkin terdedah kepada rabies biasanya boleh dirawat dengan berkesan jika mereka meminta pertolongan dengan segera. Apabila berada di dalam sistem saraf, virus ini akan menghasilkan keradangan terhadap otak. Koma dan kematian juga boleh berlaku. Untuk maklumat lanjut, sila bacakan artikel tentang penyakit rabies (rabies bite).