1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Doktor, tolong terangkan apa itu thalassemia (What is Thalassemia), simptom dan rawatannya?

Thalasemia adalah kumpulan penyakit yang mengakibatkan kecacatan darah. Keadaan ini disebabkan oleh kecacatan gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Penghidap penyakit thalassemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dan berkualiti. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

Oleh itu, pesakit akan mengalami nampak pucat dan berasa lesu kerana paras hemoglobin yang rendah dalam badan itu rendah (digelar “anemia”).


Penyakit thalasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Thalassemia tidak dapat dijangkiti melalui pemindahan darah, udara atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual. Bacakan artikel ini tentang apa itu thalassemia (what is thalassemia).