Kurap atau nama lainnya ‘ringworm’ merupakan sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada kulit manusia. Dalam dunia perubatan, kurap turut dikenali sebagai ‘tinea’. Kawasan yang sering dijangkiti termasuklah kulit kepala, kemaluan, dan kaki. Selain itu, rambut dan kuku juga boleh terkena jangkitan kulat. Kebiasaannya, kurap tidak terjadi kepada manusia yang sihat. Sebaliknya, mereka yang lemah sistem imun tubuh badan berisiko untuk mendapat penyakit ini.. Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan kepada manusia, haiwan, tumbuhan, mahupun objek yang telah terjangkit. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhi daripada bersentuhan dengan seseorang atau haiwan yang telah disahkan menghidapi kurap pada kawasan yang terlibat sehingga rawatan diberikan. Sila bacakan artikel mengenai kurap: punca dan rawatan (ringworm) untuk penjelasan terperinci.