1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Bolehkah doktor menjelaskan mengenai punca dan rawatan 'Systemic Lupus Erythematosus' (SLE)?

Penyakit lupus (systemic lupus erythematosus) merupakan sejenis penyakit autoimun yang bermaksud sistem imun dalam badan akan menyerang tisu serta organ dalam badan. Penyakit ini tidak mempunyai penawar dan boleh mengakibatkan keradangan pelbagai jenis sistem dalam badan. SLE juga sering melibatkan para wanita pada nisbah 10:1 berbanding lelaki. SLE merupakan sesuatu penyakit seumur hidup dan boleh mengakibatkan maut sekiranya tidak dirawat. SLE boleh dirawat menggunakan uabt-ubatan yang bertujuan untuk mengurangkan respon sistem imun pesakit tersebut. Artikel ini mengenai SLE (punca, gejala dan rawatan) boleh membantu anda untuk memahami subjek ini.