Susu formula adalah makanan yang dihasilkan sebagai sumber nutrisi kepada bayi di bawah umur 12 bulan, biasanya dalam bentuk serbuk yang dilarutkan dalam air atau cecair. Komposisi formula bayi adalah berdasarkan susu ibu manusia, walaupun terdapat perbezaan yang ketara dalam kandungan produk ini. Susu formula digunakan oleh ibu yang tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi, bayi tidak panda menyusu, ataupun masalah ibu tiada masa untuk menyusu kerana perlu bekerja. Kebanyakan jenis formula bayi sekarang juga diperkayakan dengan zat besi serta asid omega-3 yang dapat membantu penglihatan dan perkembangan otak bayi. Di samping itu, banyak formula bayi termasuk pra dan probiotik - bahan yang menggalakkan kehadiran bakteria yang sihat di dalam usus - dalam usaha untuk meniru manfaat imun dari susu ibu. Adalah penting untuk memahami sukatan susu bayi (infant formula).