1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Selamatkah untuk saya mengambil ubat prednisolone (Prednisolone Tablets) kerana terdapat kesan sampingan?

Ubat prednisolone merupakan sejenis ubat steroid yang terdapat dalam bentuk tablet serta larutan cecair. Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan respon sistem imun terhadap penyakit untuk mengurangkan keradangan, bengkak dan reaksi alahan. Ubat ini digunakan dalam keadaan seperti arthritis, masalah autoimmun, kanser, alahan yang teruk, asma, anemia, bursitis, radang usus, lupus, sindrom nefrotik dan penyakit leukemia. Kesan sampingannya termasuk sakit mata, demam tinggi, tahap gula darah tinggi, perubahan emosi, tumbesaran terbantut dan sebagainya. Oleh itu, ubat prednisolone (“steroid tablet”) itu tidak harus disalahgunakan dan haruslah digunakan dengan mengikut arahan doktor.