1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Adakah rasa berdebar (Palpitations) tanpa sebab puncanya dari jantung?

Jantung berdebar adalah sesuatu keadaan yang dialami oleh ramai orang. Puncanya boleh terdiri daripada punca yang normal kepada gejala untuk penyakit jantung yang lebih serius. Jantung berdebar adalah degupan jantung yang disedari apabila otot jantung mengalami kontraksi dalam dada. Jantung berdebar boleh disebabkan oleh senaman berat, gula darah rendah, nikotin, ketakutan, anemia, kafein, hipertiroidisme, kehilangan darah, tahap rendah oksigen dalam darah, irama jantung tidak teratur dan sebagainya.

 

Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala jantung berdebar, anda haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan jantung supaya puncanya dapat dikesan dan dirawat segera. Anda juga boleh membaca artikel ini mengenai rasa berdebar tanpa sebab untuk maklumat lanjut.