Keguguran rambut, juga dikenali sebagai alopecia, dapat digolongkan kepada beberapa jenis. Alopecia boleh berunsur genetik, ini pula dipanggil sebagai alopecia involutional. Alopecia androgenik pula mengakibatkan rambut lelaki dan wanita hilang pada usia yang lebih muda.Alopecia areata pula boleh menyebabkan botak lengkap dan boleh menyerang secara tiba-tiba. Masalah keguguran rambut ini boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang dan juga pergaulan sosial seseorang. Hal ini adalah kerana keguguran rambut menjejaskan keyakinan diri.
Punca yang lazim untuk keguguran rambut adalah seperti stress, kehamilan, terlalu banyak vitamin A, kekurangan protein, genetic (kebotakan corak lelaki), keturunan, kemoterapi, ubat-ubatan dan juga usia yang lanjut. Untuk memahami lebih tentang keguguran rambut, sila bacakan artikel ini.