Masalah kebas kaki ini merupakan satu petanda kepada masalah kesihatan yang lain. Antara penyebab utama masalah kebas kaki adalah fibromyalgia, multiple sclerosis, masalah saraf akibat kencing manis, tarsal tunnel syndrome iaitu masalah terowong saraf pada pergelangan kaki, penyakit arteri peripheral iaitu masalah plak berkumpul pada arteri kaki, dan masalah lain seperti kasut terlalu ketat dan kecederaan pada kaki.
Sekiranya rawatan haba dan rehat yang mencukupi tidak menghilangkan rasa kebas ini, anda haruslah berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan badan mungkin dapat membantu doktor dalam membuat diagnosis dan pelan rawatan. Artikel ini mengenai kebas kaki boleh memberi maklumat yang lanjut.