Sakit payudara merupakan gejala yang mempunyai beberapa penyebab. Penyebabnya bukan sahaja bergantung kepada organ payudara sahaja, dan juga boleh berpunca daripada otot, tulang, jantung atau rusuk. Punca utama sakit payudara sebelah kiri adalah kerana jangkitan kuman apabila saluran susu menjadi tersumbat. Penyakit ini dikenali sebagai ‘ductal ectasia’. Selain itu, bahagian puting payudara juga boleh mengalami jangkitan kuman lalu menyebabkan kesakitan.
Selain itu, masalah barah payudara dan kesakitan otot di bawah payudara juga boleh menjadi punca kesakitan payudara sebelah kiri. Ketidakseimbangan hormon dalam badan juga boleh menyebabkan kesakitan payudara berlaku. Sekiranya masalah ini amat membimbangkan, anda boleh membaca artikel ini tentang sakit payudara sebelah kiri.