1 Followers
25 Following
nanaliew

nanaliew

Kenali Tanda-Tanda Barah Otak Dan Gejalanya

Kanser otak merupakan penyakit otak di mana sel-sel kanser timbul dan menjadi tumor yang mengganggu fungsi otak. Sel-sel kanser yang terbentuk dari tisu otak dipanggil tumor otak utama manakala tumor yang merebak dari bahagian badan yang lain ke otak dikenali sebagai tumor otak metastatik atau sekunder. Tumor otak utama dikelaskan mengikut jenis tisu tumor, serta lokasi dan gred tumor. Kanser otak merupakan kanser yang jarang berlaku, dan boleh disebabkan oleh sejarah keluarga, penyakit HIV, dan pekerjaan yang mengendalikan bahan kimia.

 

Gejala-gejala penyakit ini adalah seperti sakit kepala, loya, masalah penglihatan, sawan, muntah dan pergerakan yang tidak terkawal. Barah otak juga boleh mengakibatkan penukaran personaliti seseorang. Tanda-tanda barah otak boleh lebih difahami dengan membaca artikel ini. Sekiranya anda bimbang bahawa anda menghidap masalah in, sila berjumpa dengan doktor.